Bapa tertinggal anak di RNR Tapah (Utara)

748
Pihak berkuasa menemui seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun di Petronas Hentian Rehat dan Rawat Tapah (Arah Utara) ketika membuat rondaan. 
 
Ibu bapa remaja berkenaan tidak sedar keberadaan anaknya di dalam kenderaan dan susulan itu pihak polis bertindak mengesan penjaga remaja tersebut.
 
Petugas berjaya menghubungi bapa kepada remaja itu dan diserahkan semula kepada keluarganya di Plaza Tol Tapah dalam keadaan selamat.
 
Pihak berkuasa menasihati ibu bapa sentiasa peka dan memastikan keselamatan anak-anak semasa menaiki kenderaan.
 

Di samping itu, polis juga meminta pengguna lebuhraya berhati-hati ketika memandu serta mengambil langkah keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain. 



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here