Utama Berita Automotif MRT laluan Putrajaya fasa satu dibuka jam 3 petang pada 16 Jun...

MRT laluan Putrajaya fasa satu dibuka jam 3 petang pada 16 Jun ini

789
Kerja-kerja pembinaan bagi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu siap dan bakal dibuka kepada orang ramai mulai jam 3 petang, 16 Jun ini.
 
Manakala, bagi pembinaan MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua dari Kampung Batu ke Putrajaya Sentral pula kini mencapai tahap 98 peratus siap.
Menurut Pengarah Projek MRT Laluan Putrajaya, Datuk Amiruddin Ma’aris, operasi Fasa Dua dijangka bermula pada Januari 2023 bagi membolehkan tren melalui keseluruhan laluan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral.
 
 
“Antara aktiviri yang dijalankan termasuk kerja-kerja seni bina, jalan penghubung, landskap serta pengujian dan pentaulihan,” katanya.
 
Sebanyak 12 stesen akan beroperasi dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu meliputi jajaran sepanjang 17.5km.
 
Daripada 12 stesen tersebut, tiga stesen iaitu Kwasa Damansara, Kampung Selamat dan Sungai Buloh merupakan sebahagian daripada MRT Laluan Kajang Fasa Satu.
 
Ketiga-tiga stesen tersebut ditutup sejak Oktober tahun lalu bagi kerja-kerja pemindahan, sebagai sebahagian daripada MRT Laluan Putrajaya yang baharu.
 
Sementara, sembilan stesen baharu yang akan dibuka ialah Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, serta Sri Delima dan Kampung Batu.
 
“Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya bermula dari pukul 6 pagi hingga 11.30 malam. Kalau lihat di setiap pintu masuk stesen, akan ada paparan bagi tren terakhir.
 
“Jadi, penumpang akan tahu bila perkhidmatan terakhir dan (membantu) mereka merancang perjalanan. Bagi frekuensi perkhidmatan pula, pada waktu puncak antara empat hingga enam minit, sementara bukan waktu puncak ialah tujuh hingga 10 minit,” jelasnya.
 
Sebanyak 13 laluan bas perantara turut beroperasi bagi memberi perkhidmatan di kawasan perumahan dan komersial yang terletak di dalam berhampiran stesen.
 
Penumpang boleh bertukar antara tren MRT Laluan Putrajaya dan MRT Laluan Kajang di Kwasa Damansara, sementara Di Kampung Batu, penumpang boleh meneruskan perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur dengan pertukaran ke laluan KTM Komuter Batu Caves-Pulau Sebang.
 
Selain itu, turut disediakan bagi kemudahan penumpang ialah “park and ride” di tujuh stesen dengan jumlah tempat letak kereta melebih 2,800 petak.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here