Golongan T20 paling banyak guna nombor plat haram

1839

Satu kajian bebas mendapati sebanyak 58.5 peratus pemilik kereta dalam kategori T20 menggunakan nombor plat haram.

Kemudian diikuti 25.6 peratus pemilik kenderaan kategori M40 dan hanya 15.9 peratus dalam kalangan B40.



Tinjauan oleh Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) itu turut mendapati sebanyak 56 peratus kenderaan yang menggunakan nombor plat haram bernilai lebih RM160,000.

Sementara kenderaan bernilai antara RM80,000 hingga RM120,000 sebanyak 33.4 peratus menggunakan nombor plat sedemikian diikuti lapan peratus bagi kenderaan bernilai RM50,000 atau kurang.

Tinjauan sepanjang Mei di sekitar Lembah Klang itu mendapati sebanyak 1,256 kenderaan melakukan kesalahan nombor plat dan cermin gelap.

Hasil pemerhatian mendapati sebanyak 33.4 peratus pemilik kenderaan dengan nombor plat haram terdiri daripada kereta jenis Continental seperti Mercedes, BMW, Audi dan sebagainya.

“Manakala 51 peratus ialah kereta yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Asia seperti Honda, Toyota, Hyundai dan sebagainya dan hanya 15.6 peratus dihasilkan oleh pengeluar kereta tempatan (kebanyakannya ialah Proton X70),” menurut kajian itu.

Bagi kesalahan cermin gelap, sebanyak 52.8 peratus ialah kereta yang bernilai lebih RM160,000.

Menerusi dapatan itu jelas kereta yang bernilai lebih RM160,000 mendominasi kesalahan nombor plat haram dan cermin gelap bahkan mempersoalkan mengapa masyarakat Malaysia melayan orang kaya dengan lebih keistimewaan hingga membolehkan mereka berfikir bahawa mereka boleh dikecualikan daripada undang-undang tersebut.

Undang-undang negara ini menetapkan cermin depan kenderaan dengan paras 50 peratus Visible Light Transmission (VTL) dibenarkan manakala tingkap sisi belakang dan bahagian belakang tiada had.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here