Lagi kes kereta kena hempap, kali ini oleh cangkuk kren

1553

Tular satu video di media sosial kononnya sebuah kereta ditimpa besi daripada struktur pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Taman Len Seng, Cheras.

kereta cangkuk kren

Namun pihak polis menafikan dan mengesahkan kejadian tersebut adalah tidak benar.



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata dalam kejadian pada jam 8.30 malam itu, kereta jenis Proton Saga terbabit sebaliknya dihempap cangkuk kren yang merempuh kenderaan terbabit.

Pemandu kereta berkenaan, P Sivalingam yang juga pemandu e-hailing berusia 55 tahun difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan mendapati pemandu kereta itu membelok ke kiri untuk masuk ke Jalan Len Seng dari Cheras, lalu dirempuh sebuah kren dari belakang yang sedang bergerak di jalan sama.

“Akibat kemalangan itu, cangkuk kren itu menghempap bumbung kereta berkenaan. Pemandu yang tersepit dalam kereta dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba.”

kereta cangkuk kren

“Pemandu kren yang masih tidak membuat laporan polis dipercayai tidak memberhentikan kenderaannya dan bertindak meninggalkan kawasan kejadian,” katanya.

Zulkefly juga berkata, pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang serpihan objek lain dalam kereta.

“Lokasi kejadian adalah di simpang tiga dan kemalangan berlaku ketika hujan lebat.

“Kes disiasat mengikut Peraturan 3(2) B Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 1959 (Rule 3(2) BLN 166/59),” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here