
Jutawan minyak dari Nigeria, Femi Otedola telah menunjukkan bahawa dia bukan jenis orang yang menyimpan wangnya.

Terbaru, dia difahamkan membelanjakan wangnya untuk membeli tiga model Ferrari Portofino yang berharga ÂŁ165,000 (RM877,000) sebuah, untuk tiga anak perempuannya.
Salah seorang anak perempuannya, Florence Ifeoluwa Otedola, yang lebih dikenali sebagai DJ Cuppy dalam dunia muzik, menunjukkan ketiga-tiga model supercar itu di laman Instagramnya.

Cuppy, 27, berkongsi gambar bersama adik-beradik perempuannya denga Ferrari baharu mereka, bersama 6 juta pengikutnya.
Dia menerima Portofino bewarna merah jambu, dan adik-beradiknya Elizabeth Temi dan Tolani Otedola masing-masing mendapat warna gangsa dan biru.
Untuk makluman, Ferrari Portofino kali pertama diperkenalkan pada tahun 2017 di Frankfurt Motor Show. Ianya dikuasakan oleh enjin V8 twin-turbocharged yang mampu menghasilkan sehingga 592hp pada 7,500rpm dan 760Nm tork pada 3,000-5,250rpm.
Supercar ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 3.5 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 320km/j.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
































