Mitsubishi bakal hentikan pengeluaran i-MiEV akhir tahun ini

222

Mitsubishi Motors akan hentikan pengeluaran kereta elektrik pertama mereka yang dihasilkan secara besar-besaran di dunia iaitu i-MiEV, menjelang akhir tahun 2020.

i-MiEV

Jualan kereta elektrik ini sangat perlahan, dan ketinggalan dalam banyak aspek berbanding kereta elektrik terkini yang dihasilkan oleh pelbagai syarikat pengeluar.

Mitsubishi Motors telah memasarkan i-MiEV sejak 2009 di lebih dari 50 negara, termasuk Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat. Tetapi sejak diperkenalkan, secara keseluruhan ianya hanya berjaya dijual sebanyak 32,000 unit.

Kadar jualan ini sangat berbeza dengan kereta elektrik dari Nissan iaitu LEAF, dimana ianya telah dijual sekitar 500,000 unit sejak diperkenalkan pada tahun 2010.
 

“Kami tidak mempunyai cukup wang dan tenaga untuk terus melabur dalam pembangunan EV,” kata salah seorang eksekutif Mitsubishi Motors.

Mitsubishi tidak dapat melakukan satu renovasi kepada i-MiEV, dimana jarak perjalanannya dengan muatan penuh tetap tidak berubah iaitu sekitar 160km.

Untuk perancangan masa hadapan, Mitsubishi Motors difahamkan akan bekerjasama dengan Nissan untuk membangunkan minicar elektrik baru bagi menggantikan model i-MiEV. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here