Seorang wanita tercampak keluar dari tingkap kereta kerana asyik buat video Snapchat

1410

Seorang wanita tercampak keluar dari keretanya yang sedang bergerak ketika membuat video Snapchat.

snapchat

Dalam kejadian di lebuh raya di Surrey di Kent, England, wanita berkenaan difahamkan bersandar pada tingkap kereta untuk membuat video tersebut.



Mangsa yang merupakan penumpang di tempat duduk hadapan mengakhiri live yang dibuatnya di lorong lebuhraya pada pukul 1.30 pagi Sabtu, 19 September.

Dia bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan dan dirawat oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Unit trafik polis Surrey menerusi akaun Twitter berkata: “Penumpang tempat duduk hadapan tercampak keluar ketika membuat video Snapchat di lebuhraya M25.

“Dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan parah atau terbunuh.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here