Dah boleh ‘derak’! Yoe Parey kini miliki lesen motosikal

1931

Bintang Youtube terkenal dan merupakan antara watak utama dalam filem Mael Totey arahan Syahmi Sazli, Yoe Parey kini memiliki lesen menunggang motosikal selepas lebih setahun mengikuti kelas sekolah memandu.

Yoe parey

Yoe Parey atau nama sebenarnya, Mohammad Ashrul Hakim Lukman, 22 memperoleh lesen motosikal selepas mengikuti kelas di Akademi Memandu Kist (AMKIST) di Kandis, Bachok.



Yoe mendapat tawaran lesen percuma daripada AMKIST dan sebelum ini difahamkan sudah mahir menunggang motosikal sejak berusia 19 tahun,

Walaupun Yoe sibuk dengan penggambaran selain berulang alik dari Kelantan ke Kuala Lumpur, dia akhirnya berjaya menghabiskan kelas dan akhirnya mendapat lesen.

“Lebih selamat bila ada lesen, kena ikut undang-undang,” kata Yoe.

Yoe yang juga remaja istimewa mempunyai masalah pembelajaran berkata, selain ditawar lesen percuma, AMKIST turut menghantar dan mengambilnya yang memudahkannya ke kelas memandu.

Katanya, dia turut menasihati orang ramai terutamanya remaja mengambil lesen sebagai langkah keselamatan dan mematuhi peraturan di jalan raya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here