Toyota Yaris facelift 2020 dengan rupa baharu, ciri keselamatan TSS, harga anggaran dari RM72k

2445

UMW Toyota hari ini mengumumkan bahawa mereka telah memberikan facelift kepada model Yaris. Bukan sahaja sekadar luaran, hatchback segmen-B itu turut mendapat ciri-ciri yang dinaiktaraf di bahagian dalam.

Seperti biasa, tiga varian ditawarkan untuk Yaris iaitu J, E dan G. Harga anggaran (atas jalan tanpa insurans) adalah seperti berikut:



  • Yaris J: RM71,688
  • Yaris E: RM80,591
  • Yaris G: RM85,587

Pertamanya untuk bahagian luar, muka depan Toyota Yaris telah diubah dengan rekaan gril baharu, kit aero, lampu “triple bezel” LED sepenuhnya, DRL LED yang diubah kedudukan, dan rekaan bampar baharu.

Rekaan ini sebenarnya dapat juga dilihat di model-model Toyota lain seperti Corolla dan Camry.

Ciri keselamatan turut ditingkatkan, dimana Yaris kini mendapat pakej Toyota Safety Sense (TSS). Ini merangkumi Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA), dan paparan 360-darjah 3-dimensi.

Ciri keselamatan biasa masih ada seperti sebelum ini iaitu Vehicle Stability Control, Traction Control, Hill Assist Control, Rear Cross Traffic Alert, ABS, EBD, Brake Assist dan perakam video digital.

Berita baik untuk para pembeli juga, Toyota Yaris 2020 akan mempunyai sistem infotainmen yang lengkap dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Dari segi warna, Yaris boleh dipilih dengan pilihan sedia-ada iaitu Red Mica Metallic dan Silver Metallic. Tetapi terdapat juga warna baharu Platinum White Pearl.

Toyota Yaris anda akan turut dilindungi oleh jaminan komprehensif 5-tahun tanpa had perbatuan. Harga rasmi akan diumum tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut berkaitan model Yaris terbaru ini, layari toyota.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here