“Bayangkan kalau itu keluarga kita”, Zizan Razak tolong wanita kereta rosak tengah jalan

1979

Sudah menjadi tugas kita sesama pengguna jalan raya untuk membantu orang yang dalam kesusahan atau mengalami kerosakan pada kereta di tengah kesibukan jalan raya.

Tindakan ini turut dilakukan oleh pelakon dan pelawak Zizan Razak, apabila dia tampil memberi pertolongan kepada seorang wanita yang mengalami kerosakan pada keretanya.



Menerusi laman Instagram rasmi miliknya, Zizan atau nama sebanarnya Mohammad Razizan Abdul Razak dilihat bertindak memberhentikan keretanya di tepi jalan bagi memberi bantuan kepada wanita berkenaan.

Bayangkan kalau itu keluarga kita. Ringankan beban hulurkan bantuan. Tapi kadang-kadang ada hari yang kita mampu tolong dan kadang-kadang ada hari yang kita tidak mampu tolong.

Sekurang-kurangnya kita cuba tolong. Rasanya kereta akak ini gearbox problem kot, kata Zizan.

zizan razak

Zizan dan rakannya juga dilihat cuba memberikan bantuan sekadar yang termampu untuk menolak kereta tersebut ke tempat yang selamat, namun tidak berjaya kerana difahamkan gearboxnya yang rosak.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 803k tontonan, 119k likes, dan pelbagai komen dari warganet yang memuji tindak baik hati Zizan tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here