Sut bersayap BMW dengan kuasa elektrik mampu capai kelajuan melebihi 300km/j!

1798

BMW i dan Designworks bekerjasama untuk menghasilkan sut bersayap elektrik.

sut bersayap BMW

Direka untuk memberikan kelajuan yang lebih tinggi dan masa yang lama ketika terbang, sut bersayap ini dilengkapi dengan kipas gentian karbon yang masing-masing dikuasakan oleh motor elektrik yang mampu menghasilkan 10hp.



Kedua-dua kipas ini akan berputar kira-kira 25,000 rpm dan dapat digunakan selama lebih kurang lima minit. Sut bersayap ini juga dikuasakan oleh bateri dan keseluruhan sistemnya terletak pada paras dada.

sut bersayap BMW

Projek menghasilkan sut bersayap ini memakan masa selama tiga tahun, manakala seorang penerjun dari Australia dan seorang skydiver, Peter Salzmann memainkan peranan penting dalam reka bentuk dan pembangunannya.

Salzmann baru-baru ini menguji sut bersayap tersebut, dan berkata seseorang yang menggunakannya akan merasaidaya pecutan tinggi, yang membolehkan mereka terbang dengan kelajuan lebih dari 300km/j.

sut bersayap BMW

Semasa ujian terhadap sut bersayap ini dilakukan, Salzmann dan dua penguji yang lain diterbangkan pada ketinggian 3,000 meter dengan menggunakan helikopter. 

Menurut BMW, sut bersayap ini membolehkan Salzmann memecut lebih cepat daripada dua penguji yang lain dan terbang melintasi puncak gunung yang curam.

Sut bersayap ini difahamkan merupakan sebahagian daripada acara #NEXTGen BMW, yang merupakan acara dimana BMW akan memperkenalkan iNext. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here