‘Mr Nippy’ catat rekod sebagai van aiskrim terpantas di dunia

1457

Paddy McGuinness, penyampai rancangan televisyen BBC iaitu Top Gear, secara rasmi telah dinobatkan sebagai pemegang rekod dunia untuk van aiskrim elektrik terpantas.

van aiskrim

Paddy mencapai kelajuan pada 128.8km/j dengan memandu sebuah van elektrik yang diberi nama ‘Mr Nippy’ pada ujian yang dilakukan di Elveston Airfield Yorkshire pada 26 Oktober.



Mr Nippy dihasilkan dari van Bedford CF 1979 dengan casis Land Rover 110 tahun 1980-an, dikuasakan oleh powertrain Tesla dan bateri Mercedes/Tesla.

van aiskrim

Untuk memecahkan rekod, Mr Nippy perlu memenuhi kriteria tertentu termasuk reka bentuknya yang mesti berdasarkan sebuah van aiskrim yang lain.

Bukan itu sahaja, kelengkapan dalaman Mr Nippy juga perlu disertakan sama seperti van aiskrim yang lain, termasuk sistem penyejukan dan peralatan untuk menghasilkan dan menyediakan ais krim.

Dengan rekod tersebut, Mr Nippy dan Paddy berjaya untuk memecahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh Edd’s Electric Ice iaitu 119km/j.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here