UK larang jualan kenderaan petrol dan diesel bermula 2030

962

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dalam perancangan untuk membuat pengumuman tentang larangan jualan kenderaan petrol dan diesel bermula tahun 2030 pada minggu hadapan.

jualan kenderaan petrol dan diesel

Tempoh ini difahamkan lima tahun lebih awal seperti apa yang dirancang sebelum ini.



Sebelum ini, Britain pada awalnya difahamkan merancang untuk menguatkuasakan larangan ini bermula tahun 2040. Tindakan ini merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. 

Bagaimanapun, pada bulan Febuari lalu, Johnson mengumukan perkara ini akan dikuatkuasakan pada tahun 2035. Kini, selepas beberapa bulan, Johnson dikatakan akan mengumumkan tempoh larangan baru tersebut, iaitu pada tahun 2030.

Larangan ini juga difahamkan tidak melibatkan kenderaan plug-in hybrid (PHEV) yang akan terus dijual sehingga tahun 2035. 

Tamatnya penjualan kereta petrol dan diesel baru akan menandakan perubahan besar dalam pasaran automotif Britain.

Berdasarkan rekod, kenderaan petrol dan diesel menyumbang sebanyak 73.6 peratus daripada jualan kenderaan baru pada tahun ini, sementara hanya sebanyak 5.5 peratus jualan untuk kenderaan elektrik, yang biasanya lebih mahal.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here