Covid-19: Pengusaha bas terpaksa berhutang dan berdepan risiko gulung tikar, mohon bantuan khas

1222

Akibat krisis Covid-19 yang sedang menular, pengusaha bas di Melaka turut berdepan risiko gulung tikar kerana terpaksa menanggung kerugian sejak lapan bulan lalu.

Mereka terpaksa menanggung kerugian hampir ratusan ribu ringgit sepanjang tempoh itu kerana tidak ramai yang menggunakan perkhidmatan berkenaan.



Menurut Presiden Gabungan Bas Malaysia Cawangan Melaka, Muhammad Azwan Jajendran Abdullah, 53,  pihaknya akur penularan Covid-19 yang menyebabkan banyak sektor ekonomi terkesan, namun berharap ada bantuan dan inisiatif kepada mereka seperti sektor lain.

“Ada pengusaha terpaksa menjual kenderaan mereka tetapi tiada sambutan daripada pembeli dan ada majikan terpaksa menjadi pemandu bas supaya dapat menyara keluarga, katanya.

“Ada yang sanggup menoreh getah, tidak kurang juga terpaksa berhutang untuk membayar insurans dan pembiayaan bulanan yang tertunggak.

pengusaha bas

Sementara itu, Mohd Farid Eshak, 34, berkata, walaupun Program Subsidi Upah (PSU) banyak membantu pengusaha bas sepertinya bagi menggaji pekerja sebanyak RM600 sebulan namun masih terpaksa menanggung bebanan kewangan yang begitu tinggi.

Menurutnya, situasi itu mengakibatkan pengusaha terpaksa menanggung bebanan hutang yang banyak dengan pelbagai kos.

Terdahulu, sebanyak lima laporan polis telah dibuat gabungan terbabit yang mewakili kira-kira 150 pengusaha perkhidmatan bas terhadap lima kementerian yang didakwa tidak memperuntukkan dana khas bagi membantu golongan terbabit.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here