Koleksi kasut Porsche x Puma ini ialah edisi pra-pelancaran terpantas di dunia, hanya 2.7 saat masa untuk beli

2738

Porsche Cars North America (PCNA) dan Puma baru-baru ini telah bekerjasama untuk koleksi kasut edisi terhad yang meraikan 911 Turbo.

Setiap kasut mendapat rekaan khas dan unik sepadan dengan setiap generasi Porsche 911 Turbo seperti warna, spoiler, lampu, bentuk badan dan rekaan dalaman. Semua ini menjadi inspirasi rekaan kasut-kasut sneaker itu.



Terdapat lapan sneaker kesemuanya menyamai jumlah generasi Porsche 911 Turbo selama lebih lima dekad.

Ia sebenarnya telah dilancarkan secara rasmi beberapa hari lepas. Apa yang menariknya, sehari sebelum pelancaran rasmi itu, satu sesi pra-pelancaran dibuka untuk memberi ruang kepada peminat tegar Porsche dan Puma merebut koleksi ini.

Ruang itu dibuka hanya selama 2.7 saat sahaja, menyamai masa pecutan 0 ke 100km/j untuk Porsche 911 Turbo terkini. Mengarut? Entahlah.

Setiap pasang kasut itu dijual pada harga USD150 (RM614) dan boleh didapati secara online di us.puma.comwww.porsche-design.com/icons-of-fast dan di rangkaian flagship Puma di beberapa bandar utama di Amerika Syarikat.

Dua model utama sneaker Puma digunakan iaitu model retro Future Rider dari 1970an dan model sukan permotoran Speedcat. Setiap satu ini mewakili dua jenis enjin 911 iaitu “sejukan udara” dan “sejukan cecair”.

Untuk maklumat lanjut, layari www.porsche-design.com/icons-of-fast/partnership.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here