Utama Berita Automotif PUMA lancar dua jersi edisi terhad sempena GP Singapura 2026

PUMA lancar dua jersi edisi terhad sempena GP Singapura 2026

4

PUMA memperkenalkan dua jersi edisi terhad baharu, Scuderia Ferrari SEA Edition dan McLaren Mastercard F1 Team sempena Grand Prix Singapura 2026,

Koleksi ini diperkenalkan PUMA bagi mendekatkan budaya motorsport dengan dunia fesyen kontemporari, khususnya di pasaran Asia Tenggara.

Berbeza dengan jersi pasukan konvensional, koleksi ini diilhamkan daripada populariti jersi sukan dalam fesyen jalanan.

Tujuannya untuk menghasilkan rekaan relevan untuk pemakaian harian, di luar konteks litar perlumbaan.

PUMA menggabungkan elemen budaya serantau ke dalam bahasa visual Formula 1 menerusi reka bentuk yang mengambil inspirasi daripada seni bina Sino-Portugis dan pengaruh Art Deco yang terdapat di beberapa bandar utama di rantau ini.

Selain itu, motif turut diolah daripada pelbagai kraf tradisional termasuk batik Indonesia dan Malaysia, tenunan Mudmee Thailand, tekstil broked Vietnam, tenunan tradisional Filipina serta jubin Peranakan.

Koleksi di bawah tema Cultural Engine: Unity in Motion ini juga meraikan semangat perpaduan, kepantasan kemajuan dan identiti budaya Asia Tenggara.

Jersi edisi Ferrari ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Club Red dan Shoji.

Rekaan berteraskan corak tona menyeluruh diinspirasi dari warisan Peranakan dengan penambahan motif flora lebih terperinci.

Pendekatan ini mengekalkan DNA warna ikonik Ferrari namun memberikan karakter visual berbeza daripada jersi pasukan standard.

Jersi ini dilancarkan di Singapura, Malaysia dan Indonesia pada 1 Ogos 2026, dan diperluaskan ke Thailand, Vietnam dan Filipina sejak 15 Ogos 2026.

Bagi McLaren Mastercard F1 Team*, jersi edisi ini hadir dalam warna Espresso Brown dan Black.

Rekaannya menggunakan grafik bertindih diinspirasikan teknik patchwork batik, dan dipadankan dengan warna jingga papaya yang sinonim dengan identiti McLaren.

Kombinasi itu memberi estetika lebih dekat dengan gaya streetwear tanpa mengabaikan identiti pasukan Formula 1.

Jersi McLaren diperkenalkan di Singapura pada 4 Ogos 2026 dan tersedia di Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina mulai 15 Ogos 2026.

Kedua-dua model jersi edisi terhad ini ditawarkan pada harga runcit RM299.

Pelanggan boleh mendapatkan koleksi ini melalui laman sesawang rasmi PUMA dan di butik terpilih PUMA di seluruh rantau Asia Tenggara. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here