Utama Berita Automotif MG kembang rangkaian, buka Pusat 3S di Rawang

MG kembang rangkaian, buka Pusat 3S di Rawang

6

SAIC Motor Malaysia memperkukuh kehadiran jenama MG di negara ini dengan pembukaan pusat 3S pertama di Rawang.

Pusat baharu itu dikendalikan SNS Kembara Utama Sdn Bhd dan beroperasi secara rasmi pada 17 Ogos 2026.

Pembukaan ini adalah sebahagian strategi SAIC Motor Malaysia untuk mendekatkan pengalaman MG kepada lebih ramai pelanggan, khususnya di koridor utara Lembah Klang.

Terletak di Kawasan Perindustrian Hi-Tech Rawang, pusat 3S ini beroperasi di bangunan kilang berkembar satu setengah tingkat dengan keluasan sekitar 1,200 meter persegi.

Kemudahan yang disediakan termasuk:

  • Ruang pameran untuk melihat dan merasai barisan model MG terkini
  • Ruang menunggu pelanggan yang dilengkapi Wi-Fi, kopi dan makanan ringan

Bagi perkhidmatan selepas jualan, ia akan diperkenalkan secara berperingkat sebaik sahaja pusat servis beroperasi sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif SNS Kembara Utama Sdn Bhd, Syed Nasrul Azmi bin Syed Mahmud berkata, pembukaan pusat ini adalah pencapaian penting buat pengedar berkenaan dalam memenuhi permintaan MG yang bertambah di Rawang.

“Pusat baharu ini akan membawa pengalaman MG lebih dekat kepada komuniti setempat, selain menyediakan kemudahan lebih mudah untuk mereka mendapat maklumat mengenai model terbaharu dan sokongan selepas jualan apabila pusat servis mula beroperasi kelak,” katanya.

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia Sdn Bhd, Emory Qi pula menegaskan peluasan rangkaian pengedar adalah komponen penting dalam pertumbuhan MG di Malaysia.

“Pembukaan pusat 3S oleh SNS Kembara Utama di Rawang bukan sahaja memperkukuh kehadiran MG di kawasan ini, malah menyokong usaha syarikat membangunkan rangkaian kukuh di seluruh negara dengan pengalaman pelanggan yang konsisten,” ujarnya.

Dengan penambahan pusat baharu ini, rangkaian jualan dan servis MG di Malaysia kini merangkumi 26 pusat di seluruh negara.

Pelanggan boleh mengunjungi pusat 3S MG Rawang pada waktu berikut :

  • Isnin – Sabtu : 9.00 pagi hingga 5.30 petang
  • Ahad & Cuti Umum : 11.00 pagi hingga 4.00 petang

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here