Diserang tiga lelaki gara-gara ‘double parking’

1522

Tiga lelaki bertindak menyerang seorang pelanggan restoran kerana kereta mereka dihalang oleh kereta mangsa di ruang parkir di hadapan restoran tersebut di Jalan Metro Perdana, Taman Usahawan, Kepong.

Gambar hiasan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, dalam kejadian jam 9.50 malam semalam itu, mangsa berusia 30 tahun bersama isterinya sedang menjamu selera apabila didatangi lelaki dalam keadaan mabuk sebelum memukul mangsa.

Menurutnya, mangsa dipercayai diserang kerana meletak keretanya secara ‘double parking’ sehingga kereta suspek tidak dapat keluar dari petak parkir di hadapan restoran tersebut.



“Mangsa dicekik oleh salah seorang suspek yang kemudian memanggil tiga lagi rakan mereka untuk datang ke lokasi.

double parking
Gambar hiasan.

“Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa beredar untuk mengalihkan keretanya dan semasa berada di dalam kereta, seorang lagi suspek memegang pengunci stereng kereta, seolah-olah mahu memukulnya menyebabkan mangsa panik dan terlanggar sebuah kereta lain, tambah Beh Eng Lai.

Beliau berkata, polis telah mengenal pasti enam suspek dalam insiden tersebut dan akan membuat tangkapan dalam masa terdekat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here