Samseng jalanan pamer aksi merbahaya ‘kecundang’ ditahan polis

1870

Sekumpulan remaja yang bertindak sebagai samseng jalanan di beberapa lokasi di Nilai mengundang padah apabila mereka ditahan polis pada Ahad lalu.

samseng jalanan

Seramai tujuh remaja lelaki ditahan kerana melakukan aksi merbahaya di atas motosikal yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain sebelum tiga daripadanya didapati positif d4dah.



Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, tujuh remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dilakukan  di Jalan Persiaran Tasik Senangin, Mahkota Hill Lenggeng.

samseng jalanan

“Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Nilai membabitkan lima pegawai dan 36 anggota menjalankan Op Samseng Jalanan di lokasi berkenaan, kata Mohd Fazley.

“Hasil risikan dan intipan mendapati sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi merbahaya di atas motosikal. Mereka turut dilihat bersaing sesama sendiri hingga boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain, tambahnya.

samseng jalanan

Beliau berkata, polis menahan 76 motosikal di atas pelbagai kesalahan dan 327 saman dikeluarkan atas 350 kesalahan dilakukan.

Menurutnya, empat remaja lelaki ditangkap mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 manakala tiga lagi remaja lelaki ditangkap mengikut Seksyen 15(1) Akta D4dah Merbahaya (ADB) 1952 kerana positif d4dah selepas ujian air kencing dilakukan terhadap mereka.

samseng jalanan

“Sebanyak 18 motosikal disita dan dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Nilai untuk tindakan lanjut.

“Polis akan terus menjalankan operasi seperti ini dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kegiatan samseng di jalanan, yang menggugat ketenteraman awam, katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here