Buick Grand National 1987 ini dicuci buat kali pertama setelah 34 tahun

1349

Mencuci kereta merupakan satu langkah penjagaan yang perlu dilakukan oleh pemilik secara berkala. Namun, apa yang akan berlaku sekiranya sesebuah kereta tidak dicuci selama bertahun-tahun?

Gambar hiasan.

Sudah tentu akan ada habuk tebal yang akan mengotorkan kereta. Hal ini terjadi pada sebuah Buick Grand National 1987, yang memiliki perbatuan hanya 90km.

Pemilik asal kereta ini difahamkan ialah sepasang suami isteri, dimana mereka hanya menggunakan kereta ini semasa membawanya pulang ke rumah mereka dari pusat pengedar. Kereta tersebut kemudian disimpan di dalam garaj selama hampir 34 tahun.



Kini, setelah si suami meninggal dunia, si isteri berniat untuk memandu kereta tersebut di jalan raya namun keadaannya tidak mengizinkan. Dia kemudian menjual kereta tersebut.

Buick Grand National 1987

Pemilik baharu Buick Grand National 1987 ini membuat keputusan untuk melakukan proses baik pulih sehingga ianya kelihatan seperti baharu. Disebabkan hanya disimpan dan sangat jarang dipandu, kereta ini diselaputi habuk, kesan calar, dan beberapa kotoran pada bahagian badan.

Sekumpulan lelaki dari saluran Youtube Ammo NYC ditugaskan untuk mencuci kereta tersebut buat kali pertama dan melakukan proses baik pulih secara keseluruhan.

Selain ruangan dalam, ruangan enjin juga turut dibersihkan, sehingga mengebalikan wajah asal enjin kereta tersebut, iaitu enjin V6 3.8-liter yang mampu menghasilkan sehingga 245hp dan 481Nm tork.

Apa yang menarik, setelah selesai proses baik pulih, pemilik baharu Buick Grand National 1987 ini difahamkan membuat keputusan untuk menjualnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here