Shelby 427 Cobra FAM 1965 milik Paul Walker bakal dilelong

1031

Mendiang Paul Walker, bintang dalam filem Fast and Furious terkenal dengan koleksi kereta peribadinya. Terdapat pelbagai jenis kereta dalam koleksi tersebut, termasuk sebuah Shelby 427 Cobra CSX1010 1965.

Akan dilelong di Mecum Auctions pada 19-20 Mac, Cobra edisi FAM ini mempunyai kisah tersendiri di sebalik namanya.



Nama FAM sebenarnya bermaksud ‘Ferrari’s Ass is Mine’, yang merujuk kepada persaingan antara Shelby (dan Ford) dengan Ferrari. Apa yang lebih menarik, kereta ini disertakan dengan warna khas Ferrari iaitu Rosso Corsa, dan bahagian dalam dengan kemasan kulit tanned (coklat cerah).

Shelby 427 Cobra

Hanya 14 unit CSX1000 difahamkan pernah dihasilkan pada lewat tahun 1990-an dan dua daripadanya merupakan edisi FAM.

Kereta ini difahamkan didatangkan dengan spesifikasi yang sama dengan Shelby 427 FE 468 V8 yang mampu menghasilkan sehingga 550hp.

Shelby 427 Cobra

Selain itu, ianya juga digabungkan dengan transmisi manual 5-kelajuan Tremec TKO600, dilengkapi dengan sistem suspensi independent pada empat sudut, stereng rack and pinion, sistem penyejuk minyak, radiator kipas berkembar aluminium, perumah differential aluminium Shelby dan brek Wilwood dengan angkup daripada Shelby.

Shelby 427 Cobra

Shelby 427 Cobra FAM ini merupakan sebuah kereta dengan pakej yang lengkap, dimana ia merupakan model ikonik edisi terhad FAM, dihasilkan sendiri oleh Carrol Shelby, dan dimiliki oleh mendiang Paul Walker.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here