Bekas ketua pereka bentuk Bentley, Stefan Sielaff sertai Geely

1354

Bekas ketua pereka bentuk Bentley, Stefan Sielaff telah meninggalkan pengeluar dari United Kingdom tersebut, dan difahamkan akan sertai Geely.

Stefan Sielaff
Stefan Sielaff

Jurucakap Bentley mengesahkan bahawa Sielaff telah melepaskan jawatannya pada awal minggu ini untuk meluaskan kerjayanya di luar Bentley dan Volkswagen Group. Namun, tiada kenyataan dari jurucakap Bentley tersebut yang mengatakan penyertaan Sielaff ke dalam syarikat Geely.

Sielaff sebelum ini memegang jawatan sebagai ketua pereka bentuk Bentley pada tahun 2015 setelah mengetuai pusat rekaan Volkswagen Group yang terletak di Potsdam, Jerman. 



Lelaki berusia 59 tahun ini telah menghabiskan sebahagian besar kerjayanya di Volkswagen Group, semenjak menyertai Audi pada tahun 1990 sebagai pereka dalaman.

Volkswagen Group

Menurut Auto News, perpindahan Sielaff ke Geely bakal menyaksikan beliau mengambil alih peranan Peter Horbury sebagai ketua unit rekaan Geely.

Selain itu, Bentley juga mengesahkan tempat Sielaff akan diambil oleh bekas ketua unit pereka luaran Audi, Andreas Mindt. Sebelum ini, Mindt memainkan peranan yang penting dalam rekaan e-tron, serta SUV Audi Q8.

Mindt juga difahamkan telah berkhidmat untuk Volkswagen Group selama dua dekad, dan juga pernah terlibat dalam reka bentuk Bentley Hunaudières 1999.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here