Presiden Biden janji guna kereta ‘elektrik bersih’ untuk kenderaan kerajaan

1559

Presiden baharu Amerika Syarikat (AS), Joe Biden baru-baru ini melaporkan kepada wartawan mengenai satu agenda khas berkenaan industri pembuatan di negara itu.

Agenda “Made in America” antaranya menggalakkan rakyatnya membeli lebih banyak barangan buatan negara itu.



Satu lagi perkara ialah hasratnya untuk menggunakan kenderaan elektrik sepenuhnya untuk kenderaan-kenderaan kerajaan, yang akan mewujudkan satu juta peluang pekerjaan.

“Kerajaan persekutuan memiliki kenderaan yang sangat banyak dan kita akan gantikannya dengan kenderaan elektrik bersih dan mesra alam, dikeluarkan di Amerika oleh pekerja-pekerja Amerika.”

“Ini akan mewujudkan sejuta peluang pekerjaan sektor automotif dan untuk kenderaan tenaga bersih dan dengan pelepasan sifar (zero emissions),” katanya.

“Bersama ini akan menjadikannya pelaburan infrastruktur dana awam dan R&D terbesar sejak Perang Dunia Ke-2.”

Biden turut mengumumkan beberapa perubahan kriteria untuk kenderaan-kenderaan agensi kerajaan, yang mengutamakan status buatan Amerika.

Kriteria sebelum ini menyatakan 50 peratus dari komponen kenderaan mestilah buatan Amerika untuk melayakkannya memasuki inventori kerajaan.

Ini pastinya akan meningkat, dengan nilai komponen dari negara itu serta sumbangannya kepada ekonomi Amerika akan diambil-kira.

Dari aspek teknologi, arahan eksekutif Biden itu turut memetik supaya pelaburan dibuat dalam teknologi-teknologi mesra alam, bioteknologi, AI (artificial intelligence), dan bateri.

Tidak disebut pula jenis kenderaan spesifik yang akan digunakan kerajaan, tetapi ia pastinya membuatkan para pengeluar berlumba-lumba menawarkan produk mereka.

Kerajaan AS membelanjakan kira-kira USD600 juta (RM2.43 bilion) dalam pembelian, dan menurut Biden, kontrak kerajaan kepada syarikat asing meningkat 30 peratus semasa pentadbiran Trump.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here