Remaja 13 tahun pandu Ford Escort dalam keadaan mabuk

988

Seorang remaja kini dilaraang memandu walaupun sebelum dia mempunyai lesen, kerana didakwa bersalah memandu kereta bapanya dalam keadaan mabuk.

gambar hiasan

Remaja yang berusia 13 tahun tersebut terlibat dalam kemalangan ketika memandu Ford Escort milik bapanya, dimana dia melanggar tiang lampu di Gosport, Hampshire.

Dia kemudian menjalani ujian pernafasan namun gagal, menyebabkannya menjadi marah dan meludah pegawai polis ketika sedang ditahan.



“Selamat pagi dari Fareham. Satu lagi hari yang sibuk buat pasukan. Lelaki 13 tahun ditahan memandu kereta bapanya pagi tadi,” kata pihak polis menerusi laman Twitter.

“Pemandu kereta yang diambil gambarnya ini didapati positif ujian pernafasan jalanan di #gosport dan apabila ditahan mengambil keputusan meludah pegawai.

remaja mabuk

“Jika didapati bersalah, dia bakal menjadi pemandu mabuk termuda di Britain,” lanjut kenyataan dari pihak polis.

Sebelum ini pada tahun 2006, seorang lagi remaja 13 tahun didapati memandu hampir dua kali ganda melebihi had kelajuan dibenarkan menggunakan Ford Mondeo di Salfard, Greater Manchester.

Remaja itu ditahan selama empat bulan di pusat tahanan selepas mengaku memandu tanpa membuka lampu di jalan bertentangan, memandu pada kelajuan 112km/j di jalan-jalan bandar itu, malah dia hampir tidak dapat melihat melepasi stereng kereta.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here