Anda mungkin boleh beli Tesla guna Bitcoin!

853

Tesla berkemungkinan besar akan menggunakan Bitcoin sebagai urusan jual beli kereta mereka pada masa akan datang. Namun, masih tidak dinyatakan bila pengeluar EV ini akan menggunakan kaedah tersebut.

Walau bagaimanapun, mereka mengesahkan perkara ini akan berlaku pada masa akan datang.



Kenyataan ini keluar seiring dengan pembelian Bitcoin oleh Tesla sebanyak USD1.5 bilion (RM6.08 bilion). Selepas pembelian tersebut, nilai Bitcoin melonjak naik sebanyak 12 peratus, sementara saham Tesla juga naik sebanyak 2 peratus.

Sejak kebelakangan ini, Bitcoin semakin banyak digunakan untuk transaksi oleh beberapa syarikat.

bitcoin Tesla

Tetapi secara amnya masih ada syarikat yang meminta pembeli menukar Bitcoin menjadi dolar Amerika Syarikat atau mata wang tempatan. Sementara Tesla dikhabarkan akan menerima Bitcoin sebagai mata wang untuk transaksi langsung.

Semalam, satu Bitcoin bersamaan dengan USD43,700 (RM177k). Harga tersebut hampir menyamai EV paling murah yang dijual oleh Tesla di Amerika Syarikat iaitu Model 3.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here