Ini perincian spesifikasi Perodua D55L, akan guna nama bermula huruf A?

30254

SUV kompak Perodua D55L akan dilancarkan bulan depan dan sementara itu, kami lampirkan sedikit jangkaan spesifikasi mengenai model yang dinanti ramai ini.

Apa yang pasti, ianya dibina di atas pelantar DNGA – berasaskan TNGA dari Toyota – dan ia akan mendapat enjin 1.0-liter tiga-silinder turbo dengan 98hp dan 140Nm tork. Transmisi pula ialah CVT Direct-Shift.



Menurut portal Automachi, berikut adalah spesifikasi untuk SUV kompak Perodua ini.

  • Tiga varian: X, H and AV
  • Warna: X dan H (Silver, Pearl White, Gray, Blue dan Red), AV (warna badan dwi-tona merah dan putih)
  • Dimensi: 4,065 X 1,710 X 1,635 mm, wheelbase 2,520 mm
  • Ruang kargo: 303 liter dan boleh diubah menjadi 369 liter
  • Saiz tayar: X (205/65/R16), H dan AV (205/60/R17)
  • Lampu depan LED untuk semua varian, H dan AV mendapat tambahan lampu aktif dengan steering assist
  • Paparan instrumen: X analog, H dan AV digital 7-inci
  • Unit infotainmen: X unit biasa, H dan AV paparan sesentuh 9-inci
  • Keselamatan: ASA 3.0 yang merangkumi Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Warning (LDW), Lane Keep Assist (LKA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA) dan Blind Spot Monitoring (BSM).

Lebih menarik lagi, portal Bahasa Cina itu turut melaporkan nama D55L akan bermula dengan huruf “A”. Perodua pula pernah mandaftarkan beberapa tanda nama bermula huruf “A”, iaitu Atriva, Axeda dan Ativa.

Jadi nampaknya ia tidak akan diberi nama Kembara atau Nautica, sebaliknya nama-nama baharu ini? Apa pendapat anda?

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here