776 kemalangan akibat barang jatuh atas lebuh raya pada tahun lepas – PLUS

1676

Sebanyak 776 kemalangan dilaporkan pihak PLUS Malaysia Bhd (PLUS) berlaku akibat daripada barang-barang yang jatuh daripada kenderaan di laluan lebuh raya pada tahun lepas.

kemalangan lebuh raya
gambar hiasan

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor Nazli Md Taib, statistik itu adalah sesuatu yang membimbangkan, malah pihak PLUS juga melaporkan sebanyak 19,218 objek dikutip sepanjang tahun lepas.

“Daripada jumlah tersebut, 46.1 peratus objek adalah serpihan tayar, besi 18.4 peratus, kayu 11.9 peratus dan selebihnya adalah lain-lain objek seperti komponen kenderaan dan bahan plastik,” kata Nazli.



Dalam perkembangan lain, Nazli berkata Ops Halangan yang dijalankan pihak JPJ dengan kerjasama PLUS dan polis peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua pemilik treler dan lori serta para pemandu, untuk tidak meletakkan bahan-bahan seperti kayu dan besi di bawah badan kenderaan yang akan menyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Beliau berkata sejak 8 pagi hingga 11 pagi semalam, JPJ mengeluarkan 196 notis saman di atas pelbagai jenis kesalahan, antaranya kesalahan kayu penyendal sebanyak 46 kes, kesalahan teknikal (21 kes), tayar celup/botak (11 kes), dua kes Agensi Pengangkutan Awam Darat dan lebih muatan (empat kes).

“Walaupun mereka memberitahu kayu atau besi tersebut sudah diikat dengan kemas dan digunakan untuk menahan barang-barang, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk pemilik treler meletakkan bahan-bahan yang tidak dibenarkan,” lanjut Nazli.

Menurutnya di bawah Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959, pemilik kenderaan tidak dibenarkan meletak sebarang objek di badan kenderaan.

Beliau berkata mengenai pelaksanaan Ops Halangan, JPJ mengadakan operasi bersepadu bersama PLUS dan PDRM secara berterusan sepanjang tahun ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here