Biarkan pelajar memandu bersendirian, cikgu sekolah memandu disaman JPJ

2243

Gara-gara membiarkan pelajar mengendalikan kereta bersendirian, seorang cikgu sekolah memandu di sebuah institut memandu di Seberang Jaya di Seberang Perai disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam.

cikgu sekolah memandu

Menurut pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa, pihaknya mengesan kesalahan itu semasa mengadakan pemeriksaan mengejut di institut memandu tersebut.



“Kami terpaksa mengeluarkan notis saman terbabit kerana tindakannya membiarkan calon tanpa pengawasan ketika memandu boleh mengundang bahaya” kata Adenan.

“Ini termasuklah kemalangan atau sebarang insiden tidak diingini yang lain,” tambahnya.

Menurut Adenan, selain kesalahan itu, pihaknya mengesan satu lagi kesalahan teknikal iaitu berkaitan kenderaan yang digunakan di institut memandu berkenaan.

“Hasil pemeriksaan kami mendapati, terdapat tayar kenderaan di situ yang tidak diselenggara dengan baik.

“Jadi, satu notis telah dikeluarkan terhadap kesalahan itu kerana ia juga boleh membahayakan keselamatan termasuk mengakibatkan kemalangan selepas ini,” lanjutnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here