Bengkel kereta buang minyak hitam dalam longkang diarah tutup

2139

Kedegilan seorang pemilik bengkel membaiki kenderaan di Taman Banting Baru, Kuala Langat yang tidak menjaga kebersihan termasuk membuang minyak hitam ke dalam longkang membawa padah apabila premis tersebut diarah tutup serta-merta pada Jumaat.

gambar hiasan

Arahan penutupan itu hasil pemeriksaan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) pukul 12 tengah hari terhadap bengkel diusahakan pemilik berusia 40an sejak tiga tahun lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKL, Hishamuddin Ismail, tahap kebersihan premis itu sebelum ini sering mendapat aduan malah telah diberikan 14 notis kesalahan daripada pihak kami.



bengkel diarah tutup

Katanya, setakat ini kesemua notis kesalahan belum dijelaskan pemilik bengkel.

“Premis itu dibiarkan dalam keadaan kotor dan kelihatan tumpahan minyak hitam di dalam longkang,” kata Hishamuddin.

“Justeru, pemilk bengkel tersebut didapati tidak mengikuti arahan dan syarat-syarat lesen dan diarah tutup,” tambahnya.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Udang-Undang Kecil 43(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDKL) 2007

“Premis diarah tutup sehingga pemilik bengkel mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan oleh MPKL,” lanjut Hishamuddin. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here