Lotus Evija akan ambil bunyi dari enjin Formula 1 Type 49

1224

Lotus telah bekerjasama dengan penerbit muzik terkenal Britain, Patrick Patrikios untuk membangunkan sistem bunyi pada hypercar elektrik mereka, Evija.

lotus evija

Patrikios, yang pernah bekerjasama dengan beberapa selebriti terkenal seperti Olly Murs, Sia, Britney Spears dan Pixie Lott akan menggunakan bunyi dari enjin jentera Formula 1 iaitu Type 49 sebagai asas untuk bunyi Evija.



“Saya duduk dengan pasukan pembangunan di Hethel dan membincangkan bagaimana bunyi itu,” kata Patrick Patrikios.

lotus evija

“Kami mahukan sesuatu yang terhubung secara semulajadi dengan Lotus supaya dapat menetapkan blueprint audio untuk Evija,” tambahnya.

Patrikios mengambil rakaman Type 49 dan memanipulasinya secara digital. Hasilnya, dia terus sedar bahawa sekiranya bunyi enjin dilambatkan, ia akan menghasilkan frekuensi yang sama dengan bunyi powertrain Evija.

“Saya menyesuaikan kelajuan ulangan dan tapisan digital Type 49 untuk menghasilkan asas bunyi untuk Evija.

“Kami semua mahukan sesuatu yang mampu mencipta hubungan emosi antara pemandu dan kereta. Bunyi memainkan peranan yang besar untuk mencipta dan menghubungkan emosi, serta memperkayakan hubungan yang menjadi sebahagian daripada pengalaman pemanduan sebuah Lotus,” lanjut Patrick Patrikios.

Walaupun tugas utama Patrick Patrikios ialah untuk membuat asas audio untuk Evija, dia juga menghasilkan bunyi-bunyi sampingan, seperti contoh nada yang dimainkan ketika menggunakan lampu membelok, indikasi amaran tali pinggang keledar, dan lain-lain operasi yang terdapat pada Evija.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here