Presiden Toyota beri amaran kepada Apple bahawa perniagaan kereta bukan suatu perkara mudah

1354

Presiden Toyota, Akio Toyoda telah memberi amaran kepada Apple bahawa masuk ke dalam perniagaan pembuatan kereta adalah suatu perkara yang mencabar.

toyota apple
Presiden Toyota, Akio Toyoda

“Industri automotif dengan senang hati menerima pendatang baharu, namun selepas menghasilkan kenderaan, saya cadangkan mereka untuk bersedia dalam urusan dengan pelanggan dan pelbagai perubahan dalam jangka masa 40 tahun akan datang,” kata Toyoda.

Tambah Toyoda, firma dengan teknologi baharu memiliki potensi untuk menarik nafas baharu dalan industri automotif, dan menawarkan pelanggan pilihan yang lebih luas, selain perlu bersedia untuk bertanggungjawab untuk seluruh kitaran hidup kenderaan yang mereka hasilkan termasuk penyelenggaraan dan pelupusan.



Selain itu menurut ketua eksekutif Volkswagen, Herbert Diess, walaupun ada beberapa pihak yang beranggapan bahawa Apple mampu menangani cabaran tersebut seperti yang dilakukannya dalam sektor teknologi selama bertahun-tahun, namun mereka tidak mampu menguasai industri automotif hanya dalam masa semalaman.

Apple dijangka akan memperkenalkan kenderaan elektrik dengan teknologi separa autonomi, walaupun perkara ini tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

Mereka sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan Hyundai mengenai kerjasama untuk hasilkan kenderaan, namun ianya berakhir tanpa kesepakatan dicapai. 

Nissan juga sebelum ini difahamkan berminat untuk bekerjasama dengan Apple, namun Ketua Pegawai Operasi mereka iaitu Ashwani Gupta menidakkan dakwaan tersebut pada bulan lepas.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here