Program Latihan Untuk Jurulatih (TOT) bagi keselamatan pengguna motosikal

981

Perkongsian idea demi memartabatkan lagi tahap keselamatan pengguna motosikal di negara kita, maka zahirlah Program Latihan Untuk Jurulatih (TOT).

Program yang dijalankan selama 3 hari bermula dari 16 – 18 Mac diadakan di Litar Antarabangsa Sepang.



Program yang bakal menjana pendapatan kepada peserta dijayakan oleh PERKESO.

Turut serta menjayakan program tersebut ialah Persatuan Bermotor Wilayah Persekutuan atau lebih dikenaliĀ  sebagai Malaysia Motorcycle Racer Associate (MMRA) dan GIVI sebagai rakan penaja.

Misi program berkenaan ialah penekanan pentingnya keselamatan jalanraya kepada penunggang motosikal.

Sementara visi program ini ialah membantu bekas pelumba yang terjejas pendapatan dek gejala pandemik Covid 19.

Ini kerana majoriti bekas pelumba bergantung kepada industi perlumbaan sebagai punca mencari rezeki. Seramai 20 orang bekas pelumba akan menyertai program.

“Tujuan penganjuran program ini adalah untuk melahirkan jurulatih motosikal terlatih serta berkaliber disamping mendidik dan menyedarkan betapa pentingnya keselamatan jalanraya kepada masyarakat,” tegas Wazi Abdul Hamid bekas pelumba negara.

Visi program ini jelas iaitu menjaga kebajikan bekas-bekas pelumba bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Pengalaman dan ilmu yang ada pada mereka sesuatu yang tidak boleh dijual beli,namun bisa diterapkan bagi masyarakat hari ini demi keselamatan semasa dijalanraya khususnya penunggang motosikal, demikian tegas Wazi Abdul Hamid.

Selain Wazi beberapa pakar dari PDRM, JPJ, Kawasaki, Modenas, Uitm dan Hospital Kuala Lumpur turut diundang bagi menjayakan program TOT bersama PERKESO sebagai rakan kongsiĀ  utama dan penaja dibawah program CSR.

Difahamkan antara bekas pelumba dan pelumba yang turut bersama menjayakan progam ini ialah, Shahrol Yuzy, Shahrun Nizam dan Azlan Shah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here