Toyota Avanza dinaiki rempuh bank, empat pelajar nyaris maut

1447

Empat pelajar berdepan detik cemas apabila Toyota Avanza yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh masuk sebuah bank di Jalan Ipoh menghala ke Sentul, Petaling Jaya, semalam.

Toyota Avanza

Akibat rempuhan kuat itu, dinding simen bank mengalami kerosakan manakala dinding kaca yang menempatkan sejumlah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) turut pecah.



Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 12:13 tengah malam itu, kesemua mangsa yang berusia 18 tahun dan belajar di kolej yang sama tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, polis menerima maklumat dari Gerakan Trafik Kuala Lumpur memaklumkan terdapat sebuah Toyota Avanza telah merempuh bank berkenaan.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta berkenaan datang dari arah Publika dan mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Kondominium Kiara Mas untuk balik ke rumah.

“Sebaik tiba di Jalan Ipoh berhampiran lampu isyarat Hotel Cairnhill, secara tiba-tiba kereta yang dipandu telah hilang kawalan ketika melalui satu selekoh.

Toyota Avanza

“Ia kemudiannya melanggar tiang lampu isyarat lalu merempuh pintu masuk bank tersebut yang berada berhampiran lokasi kejadian,” kata Zulkefly.

Jelasnya, pemandu kereta yang merupakan seorang wanita tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ujian Evidential Breath (EBA) telah dilakukan terhadap wanita itu dan keputusanya adalah negatif (00mg/100ml) .

“Pihak pengurusan bank telah dimaklumkan mengenai kejadian terbabit dan semakan mendapati lokasi kejadian sedikit berselekoh,” tambahnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here