MBPP ambil tindakan tegas kepada pemandu Perodua Bezza buang sampah di tempat parkir

1578

Beberapa hari lalu, seorang pengguna Facebook telah berkongsi rakaman video ‘aksi’ seorang lelaki membuang sampah dalam kuantiti yang banyak dari Perodua Bezza di tempat parkir awam.

sampah tempat parkir

Kejadian tersebut dipercayai telah berlaku di Jalan Masjid Kapitan Keling, George Town. Video yang berdurasi 3 minit itu telah mengundang kemarahan warganet dan telah dikongsikan lebih 7,500 kali.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan melalui satu hantaran rasmi di Facebook, pihak MBPP sangat kecewa dan memandang serius terhadap individu yang telah mengotorkan kawasan tersebut.

Tambah MBPP lagi, individu tersebut akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 47(1)(e) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974, di mana pesalah akan menerima hukuman denda sehingga RM500 dan bagi sabitan kedua dan seterusnya, pesalah akan berdepan dengan denda sehingga RM1,000.

Pihak MBPP juga menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak Majlis Bandaraya bagi memastikan kejadian sedemikian tidak akan berulang dan memastikan persekitaran sentiasa bersih.

Perbuatan lelaki tersebut bukan sahaja mengotorkan kawasan awam tersebut, bahkan memberikan persepsi yang buruk terhadap majlis bandaraya yang bertanggungjawab menjaga kawasan terbabit.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here