Ibu cemas kanak-kanak terlelap dan terkunci dari dalam kereta

1332

Paling menakutkan apabila sesetengah ibu bapa terlupa dan meninggalkan kanak-kanak di dalam kereta selama berjam-jam lamanya.

gambar hiasan

Apa yang menyedihkan, kes kecuaian sebegini boleh mendatangkan maut akibat kepanasan atau kekurangan oksigen kerana dibiarkan terlalu lama dalam kenderaan.

Seperti mana yang tular baru-baru ini, seorang kanak-kanak terkunci dalam kereta dan dipercayai terlelap sehingga ibunya panik dan cuba mengejutkan anaknya itu.



kanak-kanak dalam kereta

Wanita tersebut bagaimanapun dibamtu orang ramai dan mereka goncangkan kereta berulang kali. Suasana jadi semaki cemas apabila kanak-kanak itu tidak bergerak setelah kereta digoncang dengan kuat.

Namun, wanita berkenaan bernasib baik dan menarik nafas lega kerana akhirnya kanak-kanak tersebut bangun dan membuka pintu kereta.

Bagi mengelakkan kes seperti ini berlaku, para ibu bapa mestilah mengamalkan beberapa perkara, termasuk memeriksa setiap ruangan dalam kereta sebelum mengunci kenderaan.

Periksa juga di bawah tempat duduk belakang kerana kanak-kanak boleh menyorok di bahagian tersebut. Selain itu, para ibu bapa boleh menggunakan peranti atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta seperti ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here