Honda Civic Ferio milik Ahmad Afif Amran hilang

2068

Sebuah Honda Civic milik pelumba Cub Prix, Ahmad Afif Amran dilaporkan hilang di kawasan Subang Bestari, Shah Alam, Selangor semalam.

Honda Civic EG berwarna perak (silver) itu adalah model sedan empat pintu dengan nombor pendaftaran JDK 6176.



Ahmad Afif Amran yang juga pelumba Cub Prix pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing semalam memuat naik gambar keretanya yang dilaporkan hilang itu kira-kira jam 7:30 petang.

Afif turut meletakkan nombor telefon untuk dihubungi iaitu 017-363500.

Sama-sama kita kongsikan maklumat ini agar Honda Civic itu dijumpai segera.

Kami berharap agar urusan Afif dipermudahkan dan keretanya dijumpai dalam keadaan yang baik, amiin.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here