Quds Rise, kereta elektrik pertama buatan Lubnan, harga RM123k!

1203

Lubnan kini kali pertama memperkenalkan kereta elektrik buatan mereka walaupun mengalami krisis ekonomi yang teruk termasuk pemadaman elektrik yang kerap.

Quds Rise

EV berwarna merah ini dikenali sebagaui Quds Rise, yang merupakan nama Arab untuk Baitulmuqaddis. Nama ini diilhamkan oleh ahli perniagaan Palestin kelahiran Lubnan, Jihad Mohammad, yang merupakan pengarah syarikat EV Electra yang juga berpusat di negara itu.



Quds Rise yang pertama kali diperkenalkan di Beirut akan dijual pada harga USD30,000 (RM123,060).

Quds Rise

“Ini merupakan kenderaan pertama yang dibuat dalam negara. EV ini dibina di Lubnan dari awal hingga akhir,” kata Jihad Mohammad.

Berdasarkan gambar yang tular, prototaip EV ini dilihat menampilkan logo emas berbentuk Dome of the Rock di bahagian depan. Namun, spesifikasi penuh Quds Rise masih belum didedahkan.

Quds Rise

EV Electra merancang untuk menghasilkan EV tersebut sebanyak 10,000 unit di Lubnan pada akhir tahun ini.

Rancangan jangka panjang utama Jihad Mohammad ialah untuk menjual kenderaan di Lubnan serta bersaing di pasaran antarabangsa untuk kereta hibrid dan elektrik. 

Dia telah menubuhkan EV Electra sekitar empat tahun yang lalu dengan menggaji sekitar 300 kakitangan termasuk jurutera Lubnan dan Palestin.

Quds Rise

EV Electra juga bertekad untuk menjual Quds Rise walaupun Lubnan mengalami krisis ekonomi. Mereka akan menawarkan peluang kepada pelanggan untuk membayar separuh harga EV itu dalam dalam dolar AS, dan selebihnya dibayar dalam pound Lubnan.

Jumlah tersebut dapat dibayar dalam tempoh lebih lima tahun tanpa faedah.

Selain itu, EV Electra juga merancang untuk menghasilkan sekitar 100 stesen pengecasan elektrik di seluruh Lubnan, yang dihubungkan dengan generator yang kemudiannya dapat menggunakan tenaga dari solar dan angin.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here