Pelumba Cub Prix muda, Ammeer Dhiyaulhaq skor 9A untuk SPM 2020

1669

Sesetengah orang berpendapat kita terpaksa korbankan akademik sekiranya mahu fokus dalam bidang sukan. Tetapi kenyataan ini disangkal oleh Ammeer Dhiyaulhaq yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Pelumba Cub Prix itu mencatatkan keputusan 9A dalam SPM, sekaligus muncul sebagai pelajara cemerlang peringkat negeri Perak.



Ammeer merupakan pelumba bagi pasukan KS Motor Racing untuk acara Malaysian Cub Prix 2021.

Dia ketika ini menduduki tempat ke-6 saingan Cub Prix 2021 kategori YPSS dengan kutipan 22 mata selepas dua pusingan, 23 mata dibelakang pendahulu, Ahmad Iqram Danish.

Dalam perkembangan sama, pusingan ketiga Cub Prix 2021 yang sepatutnya berlangsung pada Mei 22 dan 23 di Litar Tangkak telah ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian.

Keputusan penangguhan Pusingan 3 itu dibuat bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa pada 1 Jun lalu.

Siapa kata tak boleh berjaya dalam pelajaran jika hendak menceburi bidang sukan? Tahniah, Ammeer! Semoga terus sukses dalam apa jua bidang di masa depan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here