“Damok” berpeluang beraksi di MotoGP – Razlan

1681

Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai “Damok” Juara saingan CEV Moto3 Remaja mampu tersenyum dengan kenyataan dari Dato Razlan.

Impiannya untuk beraksi hingga ke peringkat lebih mencabar iaitu kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) terserlah apabila telah dijanjikan oleh prinsipal pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing(SRT), Datuk Razlan Razali.



Menurut Razlan, beliau bangga dengan prestasi Syarifuddin Azman yang mengharumkan nama Malaysia selepas muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol.

Janji dikota, Razlan berjanji akan memberikan satu slot kepada “Damok” untuk bersaing dalam kejuaraan MotoGP pada musim depan.

Bagi Razlan,”Damok” membuktikan kemampuannya setelah dua tahun bersaing dalam perlumbaan CEV. Menurutnya apa yang dipersembahkan oleh “Damok” jelas memukau kita dengan gaya kawalan jentera yang baik.

Tunggangan yang bergaya serta tidak mempersia-siakan peluang yang terhidang apabila berpeluang memintas pelumba lain di pusingan terakhir.

Tambah Razlan, saya pernah berjanji sebelum ini.Jika mereka meraih kejayaan dengan tunggangan yang baik, pasti peluang akan ada untuk mereka menyertai SRT.

“Saingan di CEV adalah perlumbaan yang kompetitif. Jadi, peluang Damok ke Moto3 bersama SRT amat cerah dan berharap disiplinnya dikekalkan bagi meneruskan aksi terbaik sebegini ini sehingga akhir musim,” ujar Razlan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here