Proton Wira masuk lubang gara-gara tanah mendap

1676

Kejadian tanah mendap yang berlaku di Jalan Lampam, Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor, membimbangkan pengguna jalan raya kawasan itu.

Kejadian yang mengundang bahaya itu berlaku semalam, selepas sebuah Proton Wira terperosok ke dalam lubang berikutan kejadian tanah mendap terbabit.



Hal ini menjadi kebimbangan ribuan penduduk di kawasan tersebut, yang menggunakan laluan berkenaan untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.

Lokasi berlaku mendapan tanah itu adalah laluan utama dari Pelabuhan Tanjung Langsat menghala ke perkampungan Pasir Putih dan Pelabuhan Johor. Difahamkan ianya berpunca daripada paip air yang pecah.

tanah mendap

Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diharap dapat memantau keselamatan laluan utama ini yang turut digunakan ratusan kenderaan berat pada setiap hari.

Sementara itu, pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) sudah memaklumkan kepada SAJ Ranhill berkaitan keadaan berkenaan, dan kini kerja membaik pulih sedang dijalankan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here