PLUS sedia kemudahan di lebuh raya 24 jam sepanjang PKP

949

Kemudahan di semua lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) termasuk di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah disediakan dan dibuka 24 jam sepanjang tempoh Pergerakan Kawalan Pergerakan (PKP).

plus pkp

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Zakaria Ahmad Zabidi, lebih 250 pasukan PLUSRonda ditugaskan untuk membuat rondaan di lebuh raya tersebut, selain semua kemudahan awam seperti surau dan tandas di R&R dan hentian sebelah dibuka seperti biasa.



“Bagi pelanggan lebuh raya yang dibenarkan untuk melakukan perjalanan dalam tempoh tersebut, kami akan memastikan tahap perkhidmatan di lebuh raya kami sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik, walaupun PKP dilaksanakan.

“Kami telah mengambil langkah bagi memastikan aspek keselamatan yang tinggi sebagai komitmen kami untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang selamat dan selesa,” katanya.

Beliau berkata PLUS juga menempatkan kren serta trak tunda yang bersiap sedia di lokasi strategik di sepanjang lebuh raya untuk bantuan kecemasan dan kerja-kerja mengalihkan kenderaan terkandas dengan lebih pantas sepanjang perayaan Aidilfitri itu.

Katanya, sempena perayaan tersebut, PLUS menghentikan sementara semua kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf di sepanjang lebuh raya bermula semalam hingga 17 Mei, kecuali melibatkan kerja-kerja pembaikan kecemasan yang kritikal.

Zakaria berkata bermula hari ini hingga 7 Jun, gerai makanan dan minuman, kedai serbaneka dan gerai perniagaan lain di R&R beroperasi pada pukul 6 pagi sehingga 10 malam setiap hari (tertakluk kepada arahan Pihak Berkuasa Tempatan).

Bagaimanapun, hanya perkhidmatan pembelian makanan dan minuman secara bungkusan sahaja dibenarkan dalam tempoh tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here