Jualan Perodua Myvi rebadge naik mendadak di Indonesia

2294

Bila sekali pandang, rupa kereta ini seakan-akan Perodua Myvi bukan? Tetapi sebenarnya ini ialah Daihatsu Sirion yang dipasarkan di pasaran Indonesia.

Perodua Myvi rebadge

Daihatsu Sirion merupakan model rebadge dari Perodua Myvi, dan Astra Daihatsu Motor (ADM) telah mengimport masuk ke pasaran Indonesia dari kilang Perodua di Rawang.



Menurut laman web Autonetmagz, jualan Daihatsu Sirion pada empat bulan pertama tahun 2021 tiba-tiba naik mendadak dengan sebanyak 480 unit telah pun dihantar kepada pengedar.

Perodua Myvi rebadge

Jumlah tersebut lebih tinggi berbanding jumlah jualan keseluruhan pada tahun 2020, di mana hanya 390 unit sahaja terjual sepanjang tahun tersebut. Peningkatan ini telah menjadi satu tanda tanya di kalangan mereka.

Daihatsu Sirion ini cuma hadir dengan enjin 1.3-liter sahaja berbanding Perodua Myvi di Malaysia, yang ditawarkan dengan enjin berkapasiti 1.5-liter.

Daripada jumlah keseluruhan yang berjaya dijual, sebanyak 400 unit menggunakan transmisi automatik dan 80 unit lagi menggunakan transmisi manual. Perodua Myvi rebadge

Menurut Autonetmagz lagi, Daihatsu Sirion merupakan antara salah satu model yang tidak mendapat pengecualian cukai atau lebih dikenali sebagai Pajak Penjualan atas Barang Mewah (PPnBM) disebabkan statusnya sebagai unit yang diimport sepenuh (CBU) dari Malaysia.

Harga semasa Daihatsu Sirion dijual bermula RP201.75 juta (RM58,408) untuk transmisi manual, manakala untuk transmisi automatik pula dijual pada harga RP216.5 juta (RM62,678).

Perodua Myvi rebadge

Di Indonesia, rata-rata warganet mereka memuji kereta ini dengan menyatakan harganya lebih berpatutan berbanding model kereta lain tetapi lengkap dengan fungsi-fungsi yang diperlukan.

Tambah mereka lagi, sekiranya orang ramai tidak mempedulikan jenama Daihatsu, model kereta ‘Malaysian Domestic Market’ ini sangat berbaloi untuk dimiliki.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Daihatsu Indonesia (@daihatsuind)

Berbalik kepada persoalan asal, bagaimana jualan Daihatsu Sirion pada tahun ini berlipat kali ganda berbanding tahun lalu?

Laman web Autonetmagz membuat kesimpulan bahawa pandemik Covid-19 telah menyebabkan Perodua tidak boleh beroperasi sepenuhnya bagi memenuhi permintaan di Indonesia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AutonetMagz (@autonetmagz)

Menurut laman web tersebut lagi, ada kemungkinan jualan Daihatsu Sirion ada ‘terganggu’ sekali lagi ekoran pelancaran model Daihatsu Rocky (Perodua Ativa) pada bulan lalu.

Ini disebabkan kedua-dua model tersebut ditawarkan pada harga dan jumlah penumpang yang hampir sama tetapi segmen berbeza.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here