Toyota Mirai pecah rekod baharu, capai jarak 1,000km dengan satu tangki hidrogen

1086

Toyota Mirai telah mencipta rekod baharu bagi kategori jarak paling jauh yang dilalui oleh sebuah kereta produksi dengan satu tangki hidrogen.

Toyota Mirai

Secara keseluruhan, bermula di stesen hidrogen yang terletak Orly, Toyota Mirai telah menempuh 1,003km jarak perjalanan. Kereta ini dipandu di jalan raya kawasan selatan Paris dan di kawasan Loir-et-Cher dan Indre-et-Loire.



Menurut Toyota, Mirai generasi baharu dapat menempuh jarak sekitar 650km dalam keadaan pemanduan biasa, tetapi empat pemandu yang digunakan semasa ujian memecahkan rekod memperoleh jarak pemanduan lebih jauh.

Toyota Mirai

Salah satu dari pemandu tersebut ialah Victorien Erussard, pengasas Energy Observer yang merupakan rakan kongsi Toyota. Sebelum ini mereka telah menghasilkan kapal dengan menggunakan sel bahan bakar Toyota. 

Tiga pemandu yang lain terlibat dalam ujian ini adalah jurutera Toyota Motor Europe, James Olden, pengurus produk Mirai, Maxime le Hir, dan pengurus PR Toyota France, Marie Gadd.

Toyota Mirai

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Toyota France dan Toyota Europe, serta Victorien di Energy Observer, yang mempunyai visi dan cita-cita yang sama dengan kami” kata ketua eksekutif Toyota France, Frank Marotte dalam satu kenyataan.
 
“Melalui perkongsian ini, kita akan dapat menyumbang kepada masyarakat yang lebih mesra alam,” tambahnya.
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here