Lunaz umum pembelian saham 10 peratus oleh David Beckham

1195

Lunaz, sebuah syarikat yang popular dengan projek ubah suai kereta klasik menjadi kenderaan elektrik, mengumumkan mereka menerima pelaburan dari David Beckham. 

Lunaz Beckham

Beckham telah membeli 10 peratus saham syarikat yang berpusat di Silverstone itu, dan dia kini memiliki gabungan saham bersama Rueben dan Barclay.



Dalam masa yang sama, Lunaz mengumumkan rancangan pembangunan baharu yang akan merangkumi penghasilan semula, dan mengubah kenderaan industri serta komersial menjadi sebuah powetrain yang menghasilkan udara bersih.

Lunaz Beckham

Lunaz Group terbahagi kepada tiga anak syarikat iaitu Lunaz Design yang akan mengubah suai kereta klasik, Lunaz Applied Technologies yang akan membangunkan dan menaikkan semula industri kenderaan tersebut, dan Lunaz Powertrain, yang akan menyediakan powertrain elektrik modular milik syarikat sebagai produk giliran untuk OEM, pembekal tahap 1 dan banyak lagi.

Tahap pertama strategi baru Lunaz adalah memulakan penukaran dan pembuatan semula trak sampah dan kenderaan berat yang lain.

“Menjelang 2030 ketika larangan penggunaan enjin pembakaran dalaman (ICE) dikuatkuasakan, lebih daripada dua bilion kenderaan berkuasa konvensional akan ada di planet ini,” kata Lunaz.

Lunaz Beckham

“Penghasilan semula dan penggunaan sistem elektrik dapat mengelakkan sebilangan besar kenderaan ini dihancurkan,” tambahnya.

Lunaz terkenal dengan pelbagai jenis pengubahsuaian sistem elektrik kepada kereta klasik, termasuk kepada model Rolls Royce Phantom V, Bentley Continental, Range Rover dan banyak lagi.
 
Sebagai sebahagian daripada rancangan ini, mereka mernacang untuk menawarkan 500 pekerjaan pada tahun 2024.
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here