AirAsia bakal perkenal perkhidmatan e-hailing

1303

Perkhidmatan e-hailing akan diteroka oleh AirAsia Bhd menerusi super app miliknya, dalam usaha menuju ke arah melengkapkan ekosistem perniagaan bukan penerbangan bersepadu di Malaysia.

e-hailing airasia

Rancangan ini dilihat tepat pada masanya, bagi meningkatkan akses pengguna kepada perkhidmatan sedemikian yang melonjak sejak sebelum Covid-19 melanda negara.

Berdasarkan komitmen yang diberikan menerusi 15 produk yang terdapat di bawah super app dengan tawaran harga dan komisen lebih rendah kepada pengguna serta peniaga, AirAsia melalui e-hailing mampu menawarkan tambang lebih kompetitif yang memberi manfaat kepada pelanggan.

Menurut Ketua e-dagang bagi AirAsia super app, Lim Ben-Jie, struktur perkhidmatan e-hailing yang bakal diterokai oleh AirAsia sedang diperkemaskan sebelum dilancarkan tidak lama lagi.

e-hailing airasia

โ€œAirAsia memiliki ekosistem lengkap yang membolehkan kami memperkenalkan pelbagai perkhidmatan tambah nilai kepada pengguna. Ya, kami akan memperkenalkan perkhidmatan e-hailing tidak lama lagi.

โ€œStruktur perkhidmatan (e-hailing) akan diumumkan pihak pengurusan tertinggi AirAsia kelak. Apa yang pasti, perkhidmatan terbaru dalam pengangkutan darat ini akan menjadi pendorong bagi melengkapkan super app,โ€ katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here