Fast and Furious akan berakhir pada 2024 selepas 11 filem

1815

Francais Fast and Furious nampaknya akan berakhir sepenuhnya dengan filem ke-11, kata Vin Diesel dalam satu temubual dengan ET. Dia memberitahu dua filem terakhir akan ditayangkan pada 2023 dan 2024.

“Setiap kisah patut mempunyai penamatnya,” kata Diesel dalam temu bual video itu, yang disertakan di bawah.



Walaupun ini akan menjadi penamat kepada kisah asal, Diesel berkata ia tidak akan menjadi pengakhiran kepada “Fast universe”. Ini bermakna ada kemungkinan francais itu dibuat siri spin-off seperti “Hobbs and Shaw”.

Menurut Justin Lin yang menjadi pengarah bahagian tiga hingga enam serta F9 yang akan datang, juga berkata dalam video sama bahawa dia juga akan mengarah dua filem terakhir itu.

“Nine ini seakan filem pertama untuk bab akhir,” kata Lin. “Kami sedang menguruskan segalanya supaya dua filem nanti akan menggulung perjalanan menakjubkan buat semua watak.”

F9 asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada 2020, tetapi ditunda ke 25 Jun 2021 disebabkan pandemik Covid-19 yang sedang melanda.

Trailer mendedahkan bahawa plot cerita akan berkisah berkenaan penampilan Jakob Toretto (John Cena), iaitu adik Dominic Toretto (Vin Diesel).

Ia juga akan menampilkan Han (Sung Kang), serta seperti biasa, banyak aksi-aksi menghancurkan kereta.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here