Penonton dengan papan tanda jadi punca kemalangan besar-besaran Tour de France

1438

Tour de France pada tahun ini dicemari dengan kemalangan beramai-ramai berpunca daripada seorang penonton wanita yang memegang papan tanda di hadapan pelumba basikal, bertujuan untuk menarik perhatian kamera.

Tour de France

Pihak berkuasa kini masih mencari wanita tersebut, yang telah melarikan diri dari lokasi kejadian.



Kejadian ini berlaku pada permulaan peringkat satu dengan jarak berbaki 45km. Wanita yang memegang papan tanda dengan tulisan ‘Allez Opi-Omi!’ itu difahamkan telah menyekat sebahagian jalan yang menyebabkan Tony Martin, pelumba pasukan Jumbo-Visma terjatuh.

“Saya pada mulanya melihat wanita itu tetapi ketika dia memasuki laluan perlumbaan, saya tidak sempat untuk mengelak. Perkara ini sungguh tidak dapat dijangka.

“Saya masih tidak faham bagaimana seseorang individu boleh bersikap seperti itu. Ini adalah perlumbaan basikal, bukan sarkas,” kata Martin.

Kemalangan yang menimpa Martin menyebabkan puluhan pelumba lain turut terjatuh, dan disebabkan kejadian itu, tiga pelumba terpaksa menarik diri akibat mengalami kecederaan.

Gendarmerie du Finistère mengeluarkan kenyataan yang meminta saksi-saksi untuk mencari penonton wanita tersebut, dan mengumumkan bahawa siasatan kehakiman telah dibuka untuk kes ini.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here