Penduduk Jakarta Selatan jalani proses vaksinasi secara pandu lalu

746

Penduduk Jakarta Selatan, Indonesia telah menjalankan proses vaksinasi Covid-19 di Ibu Pejabat Polis Metro Jakarta Selatan melalui kaedah pandu lalu. Inisiatif ini dijalankan bermula hari Isnin lepas.

vaksinasi pandu lalu jakarta

“Fokus utama kami ketika ini ialah berusaha untuk membuka pusat vaksinasi dan mempercepatkannya dengan kaedah pandu lalu,” kata Ketua Polis Metro Jakarta Selatan, Azis Andriansyah.



Tambah Azis, penduduk Jakarta Selatan telah mengambil bahagian dalam proses vaksinasi ini bermula pukul 10 pagi sehingga ianya selesai.

vaksinasi pandu lalu jakarta

Vaksinasi secara pandu lalu ini dilakukan untuk membuka ruang kepada masyarakat yang tidak mempunyai masa untuk beratur panjang di lokasi vaksinasi biasa.

Masyarakat yang ingin mendapatkan vaksin melalui pandu lalu ini perlu mengemukakan kad pengenalan diri Jakarta Selatan, berada dalam keadaan sihat secara fizikal dan berumur 18 tahun keatas.

vaksinasi pandu lalu jakarta

Lanjut Azis, pihaknya belum menentukan kuota vaksinasi yang diberikan kepada masyarakat melalui kaedah pandu lalu. Ini kerana, inisiatif ini masih dalam fasa percubaan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here