Arab Saudi buka panggung wayang pandu lalu pertama di Riyadh

973

Arab Saudi membuka panggung wayang pandu lalu yang pertama di negara itu, di ibu kota Riyadh.

Panggung wayang pandu lalu
gambar hiasan

Selain memastikan pelaksanaan jarak yang selamat, pemeriksaan suhu badan dan pemakaian pelitup muka juga diwajibkan.

Menurut agnesi berita Anadolu, panggung wayang itu boleh menampung 150 kenderaan dalam satu-satu masa.



Selain ditayangkan filem Arab, para penonton juga boleh menikmati filem-filem Hollywood dan Bollywood.

gambar hiasan

Kegiatan menonton filem di kawasan terbuka seperti itu semakin popular di negara Asia Barat dengan semakin banyak panggung wayang sepertinya dibuka, lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19 sekarang.

Panggung wayang pandu lalu yang sama mula dibuka di Dubai dan Beirut, sejak awal tahun ini.

Pada April 2018, buat julung-julung kalinya Arab Saudi membuka semula panggung wayang selepas 35 tahun, sebagai sebahagian daripada usaha negara itu mempromosikan aktiviti-aktiviti hiburan dalam usaha mempelbagaikan sumber pendapatannya dan mengurangkan penggantungan kepada minyak.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here