Anak tergamak saman ibu kerana Toyota Fortuner

1495

Seorang ibu di Indonesia disaman oleh anaknya sendiri hanya kerana berang wanita itu menggunakan Toyota Fortuner yang dibeli atas namanya

gambar hiasan

Alfian Prabowo, 25, memfailkan saman itu di Mahkamah Negeri Salatiga, Jawa pada Oktober tahun lalu kerana ibunya, Dewi Firdaus, 52, dianggap menyewa Toyota Fortuner tersebut.

Dewi menjelaskan, SUV itu dibelinya dengan hasil keringat sendiri sebagai pegawai kerajaan di wilayah Jawa Tengah dengan menggunakan nama anaknya. 



“Saya beli SUV itu di Kaligawe Semarang pada 2013. Namun, ketika itu saya baharu sahaja menjual Toyota Yaris dan belum menukar nama lagi. Saya namakan atas nama anak kerana ini merupakan kepercayaan saya,” luahnya. 

Toyota Fortuner
Alfian Prabowo

Namun akhirnya, Alfian meminta ibunya menyerahkan SUV tersebut kerana menganggap wanita itu hanya menyewa kenderaan itu. 

“Jika tidak diberikan, kenderaan itu dianggap sewa dan sehingga saat ini nilai sewaan sudah mencapai 200 juta rupiah (RM57k). Jika saya gagal bayar, rumah akan disita.  

“Kalau rumah ini disita, lalu saya mahu tinggal di mana lagi? Kenapakah saya diperlakukan oleh anak sendiri sebegini?” soalnya. 

Dewi Firdaus

Dalam kes ini, Alfian diwakili peguam, Caesar Fortunus Wauran manakala ibunya tidak diwakili peguam kerana dia masih tidak memahami serta keliru dengan situasi tersebut. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here